Catatan perjalanan : Bali (hari pertama dan kedua)

Hari pertama

Bali… tak penah langsung aku terpikir nak pi ke sana… semua nie terjadi lps plan asal nak jln2 ke tmpt lain dibatalkan…

Plan nak pergi bulan May, tapi dr bulan Jan dah beli tiket flight Air Asia, sbb nak kejar harga promosi… bulan2 berikutnya buat kajian tmpt2 menarik kat sana… selok belok jln2, hotel2 dan juga pengangkutan kat sana… mula ingat nak backpack sambil sewa motor.. tapi bila dah makin study… motor tidaklah berapa sesuai… maka kami sepakat utk sewa keta pandu sendiri…

Flight dr LCCT memakan masa selama dua jam setengah… tiba di airport Denpasar (Ngurah Rai) dlm kul 12.30 t/hari.. tak ada perbezaan masa Bali dan M’sia..

Pesawat Air Asia melintasi gunung Raung

kuor ja pintu ketibaan tu, ternampak nama aku tertulis kat board… 1st time nie.. hehe… ketibaan kami disambut oleh owner keta yg kami sewa… sebenarnya bukan keta pon, tapi jip Suzuki Jimny dua pintu.. murah, kecik dan tahan lasak…

lps buat pembayaran sewa keta, maka bermulalah perjalanan kami 5 hari 4 malam di kepulauan Bali… memandangkan aku yg bnyk study peta Bali, maka akulah yg jadi navigator dgn dibantu oleh cik Garmin, dan kwn aku jadi driver, sbb dia mmg pakar pandu jip…

Perjalanan pertama adalah ke Ubud, melalui Denpasar… jln mmg sibuk dgn kenderaan (kebnykkan motorsikal), mungkin lunch time kot… pon begitu, kami berjaya merentasinya hingga kuor dr kwsn Denpasar… jln kpg dah tak sibuk sgt… walaupon jln utama, tapi ia tak le serupa langsung mcm jln2 utama di M’sia… jauh kebelakang, jln lebih kecil dan berlubang2…

Dlm perjalanan ke Ubud, pemandangan agak menarik dgn tukang2 ukir kayu dan batu di kiri kanan jln… kami cuma berhenti bila tgk org tua sedang buat atap… tujuan utk shoot potrait… pakcik2 tu kira sporting jugak laaa…

dah lps puas klik shutter.. kami teruskan perjalanan… tak lama tu, sampai le ke Ubud, dan terus cari hotel… hotel tu kira mcm homestay… tanah besar, dibuat 6-7 chalet dlm tu… rumah tuan tanah pon kat situ gaks…

Chalet sebelah kami tu (yg paling hujung), disewa oleh awek orang putih, sorang2 dia ja… pagi2 dah praktis menari Bali kat dpn tu..

Ubud nie terkenal sebagai pusat kesenian Bali.. bnyk lukisan, ukiran kayu dan batu, galeri2 serta muzium2 terdpt di Ubud nie…

dah lps letak beg tu, masing2 tertido kepenatan.. mlm seblm tu, kami hanya tido2 ayam di LCCT, jadi nie lah masa nak bayar blk.. hehe..

disbbkan terlajak tido.. plan nak tgk tarian kat istana Ubud, terlepas… sebagai ganti, kita org jln2 kat pekan Ubud… cari nasi tak jumpa… terpaksa la makan meggi dalam cup ja…

Tegallalang, Tirta Empul, Batur, Goa Gajah

Esok pagi2 laie kami dah kuor.. tak sempat sarapan kat chalet pon..

anak tuan tanah bersembahyang seblm ke sekolah..

1st skali kami tuju ke Tegallalang, nak tgk sawah padi bertingkat.. jumpa tu jumpa, cuma tak menarik mcm dlm poskad.. mungkin salah tmpt…

kemudian on the way nak ke tmpt kedua, Tirta Empul, kami berenti sat di pasar tradisional.. mmg best la shoot portrait kat situ…

Sampai Tirta Empul dlm kul 9 pagi… belum ada org pon… sambil2 tunggu org datang tu.. pekena meggi cup laie utk sarapan…

air suci di Tirta Empul


Budak2 duk bagi ikan makan kat tmpt kami pekena meggi cup…


Siak-siak kuil (gamaknya) tgh lepak2 sambil tunggu pengunjung tiba..

bila dah ada org start mandi kat kolam air suci tu, baru la syiok amik gmbr…

dah start datang, sambil junjung benda2 utk semayang..


jgn ingat semua yg bertatoo tu tak semayang… hehehe…

Dah puas amik gmbr, kami menuju ke destinasi seterusnya, Gunung Batur..

kereta kami mendapat restu… tgk kat wiper sebelah driver..

sampai di sana… terjadi perkara yg tak diduga… sebaik ja kami tutup pintu kereta, kami diserbu oleh penjual cenderamata, ramai sampai tak boleh nak jln.. siap merayu2 suruh beli… ada yg jual baju, keychain, sepit rambut dll… tumpuan nak menghayati keindahan gunung dan tasik Batur pon terjejas… tak bnyk shoot kat situ… depa masih iringi kami sampai masuk keta… duk rayu suruh beli jugak, sampai tak bole nak tutup pintu dan keta tak boleh jln… last2 agak depa dah boring kot sbb kami (terutamanya aku) tak beli, depa pon blah… satu pengalaman tak dpt nak lupakan…

kwn aku kena serbu.. depa ingat dia Justin Bieber…


Gunung Batur (kiri) dan tasik Batur (kanan)..

Gunung Batur adalah gunung berapi yg masih aktif… di hujung tasik Batur pula, ada satu perkampungan Trunyan, yg dipercayai orang asal Bali… kepakaran depa adalah membuat mayat tidak berbau busuk dan depa tak tanam mayat.. cuma diletakkan dlm sangkar di atas tanah dan dibiarkan mereput….

Kami tak pi, sbb pakej dia mahal sgt.. nak ke perkuburan tu kena sewa bot…

Terus blk ke Ubud… sbb mlm tu nak pi tgk tari Legong… singgah di Gua Gajah… tak berapa best…

Goa Gajah.. dlm tu tmpt semayang je…


Air suci Goa Gajah..

sementara nak tunggu show start, sempat jln2 kat pekan Ubud terutama pasar Ubud yg terkenal dgn jualan kraftangan… lps tu baru terjumpa kedai makan yg ada tanda halal… Muslim di Bali adalah minoriti, dan nak dpt makanan halal tu sikit susah le… bila tanya org yg amik order tu, “halal ke sini”… dia jawab “Insya-Allah”… mmm…. order la juga… dpt le makan nasik, dan pelahapnya tu, mcm sebulan tak jumpa nasik… abis licin pinggan…

bila show start… layan…


watak jahat…


Watak heroin.. cunnn wooo.. asyik eye contact ngan aku je.. hehe..

Gamelan dia mmg bestttt lahh…

Sambung hari ketiga

7 Comments

Filed under Fotofolio

7 responses to “Catatan perjalanan : Bali (hari pertama dan kedua)

  1. catering di denpasar bali

    Keren nih tulisannya, keep posting ya…
    Sudah Coba Empat Tempat Makan Unik Di Bali
    Klik http://goo.gl/ZGcfU

  2. Siti

    Salam En Azmean, boleh kongsikan details hotel yang saudara duduk ketika di ubud? Mekasih :)

    • azmeanaziz

      Sebenarnya, bukan hotel, tapi lebih kepada homestay… tuan tanah tu, bhgn depan dia buat rumah dia.. bhgn belakang2 tu dia buat chalet, ada dlm 7-8 chalet jugak… nama chalet yg sy duduk tu, Rahayu Banglow, booked melalui Agoda, harga masa tu RM55 semlm… harga termasuk sarapan pagi… chalet nie strategik juga, tak jauh dr pekan Ubud, sy jln kaki je ke pasar Ubud…
      cuma yg tak best, owner dia ada bela anjing, jadi kena tahan telinga time anjing tu menyalak le.. :)

      • Terima kasih for the info :) Dh berjaya book tempat nk bermalam di Ubud. Boleh saya tahu kalau sewa kereta nak pandu sendiri tapi tiada international license, bahaya ke? Berapa sewaan jip tu ya?

      • azmeanaziz

        Harga sewa kereta, ikut jenis.. mcm sy hari tu amik jip Jimny 2 pintu, sewaan yg paling murah.. boleh booking melalui email tanpa deposit dgn pak Nyoman.. dia akan tunggu di airport.. http://www.msbalicarrental.com/balirentcarwithdriver.html

        sewa kereta dgn dia, tak perlu lesen antarabangsa… tapi kalau kena tahan dgn polis, nasib le.. pepandai le kowtim dgn polis.. :)

        trafik kat sana, huru hara sikit, tapi selamat utk memandu.. kenderaan semua tak laju sgt… jln utama di sana, mcm jln kpg di m’sia.. hehe…

      • Siti

        Terima kasih sekali lg :) saya akan cuba hubungi Pak Nyoman. Gonna be there this coming wednesday. Hopefully ok la di sana nnt:)

      • azmeanaziz

        no problem :)
        enjoy your holiday… nnti share2 le cite kat sana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s