July 21, 2009

Genting

Baru nie, aku amik rehat kejab… bawak famili pergi cuti2 mesia… aku lebih nak pergi ke pantai timur… tapi wife aku nak pi genting, sbb nak kasik anak2 happy sket, katanya… laie pon dah empat thn kami tak pi genting… kira nie kali pertama utk ifty le…

tak mcm cuti2 sblm nie… cuti kali nie lebih terancang… akan tetapi, sebahagian besar apa yg dirancang semua tak menjadi… lps nie mmg tak de rancang2 dah le…

mula2 kami pergi ke Bukit Tinggi… Colmar dan taman jepun…


muka penat kena jadi model

lps tu baru gi Genting…

berkabus sj di Genting..


yg lain semua berkasut.. ifty sj yg berselipar…

dlm percutian nie… aku cuba praktikkan teknik fill in flash, sbb aku mmg tak berapa reti sgt ttg teknik ni… mula2 tu mmg bnyk gmbr yg terover dgn flash.. sampai kena shoot 2-3 kali… dah lama2 tu baru rasa mcm boleh sket… pape pon, kena bnyk praktis laie…

July 1, 2009

My camera

Tetiba ja aku rasa mcm nak bernostalgia… nostalgia dgn kamera2 yg penah aku ada dr dulu hingga terkini…


Inilah kamera aku yg mula2 skali (lebih kurang)… arwah bapa aku yg belikan bila aku sertai rombongan skolah ke Pulau Langkawi dlm thn 1985…

Time tu Langkawi masih dlm sumpahan tujuh keturunan… beras terbakar masih ada, padang jarak padang terkukur masih boleh nampak, makam Mahsuri pon tak berpagar dan tak payah bayar… Langkawi belum jadi pusat pelancongan… masa tu mmg jarang dgr org pergi melancong ke pulau lagenda tu… mungkin sbb tu la arwah bapa aku beli kamera ni… suruh aku amik gmbr2 di pulau tu…

kemudian dlm thn kalau tak silap 1987, KFC ada kuorkan kamera ini.. tapi cantik sket dgn adanya casing, tapi standard lens.. yg dlm gmbr nie rangka semata2 dan lens wide kot… kamera nie mmg paling asas laa.. viewfinder pon ringkas ja, jenis lipat2… filem dia lain mcm sket.. aku tak ingat dah nama jenis filem tu…

Lps pada tu aku dah tada kamera… masa aku sambung belajar… dgn duit biasiswa, aku kumpul sket2 dan beli kamera nie…

brand samsung.. time tu mmg ‘hebat’ laa.. ngan zoom yg panjang.. siap ada remote control laie… tercanggih dah…

dgn kamera nie le minat fotografi aku bermula… aku masuk library cari buku pasal fotografi dan belajar sket2 dr buku yg berbahasa English… time tu mana ada google laie…

yg mendorong aku nak tahu lanjut pasal fotografi adalah, macam mana nak hasilkan gambar yg background blur (juga dipanggey bokeh)… lps tu baru aku dpt jawapan… bokeh boleh dihasikan dgn kamera slr… dan bukan compact yg mcm yg aku ada time tu…

maka bermula la angan2 nak pakai slr pulak…

pada satu ari tu, aku gi ke satu pusat pelancongan.. ada la sorang pelancong tu suh aku amik gmbr dia… kemudian dia hulurkan kamera slr dia… tu le 1st time aku pegang dan melihat melalui viewfinder slr… dan lps tu juga aku jatuh ‘chenta’ ngan slr…

kemudian dlm thn 1998, aku gi trade in kamera samsung nie, tambah duit simpanan sket… girlfriend aku (yg kini dah jadi isteri aku) top up sket… maka aku beli slr nikon F401s ini…

time beli tu.. mmg beli secara ‘buta’.. aku tak tau apa menda yg perlu dilihat sblm memilih slr… tapi sampai skang aku puas ati dgn kamera nie… skang nie aku simpan dlm ‘drybox’ je… buat kenangan…

kamera nie mmg banyak ‘berjalan’, dan banyak kenangan yg diambil dgn kamera nie… yelah, lama aku guna kamera nie…

kemudian tiba la pulak era digital slr… tapi aku sebagai pengguna filem, mmg takleh nak terima kedatangan era digital… kira aku bertekad nak guna filem, takmau bertukar ke digital…

sampai la satu hari di mana aku berkenalan dgn Azizan Romantis Studio pd May 2006… masa tu dia pakai nikon D70… dan bila dah pegang kamera tu… racun pon meresap masuk…

utk kurangkan racun dlm badan.. aku amik digital compact brand canon, yg dibeli penghujung thn 2006…

april 2007, tak tahan sgt sengatan racun tu… aku pon beli la nikon D80, model terbaru time tu…
kamera nie beli kat Midvalley KL dgn segala ’susah payah’…

jodoh ngan D80 tak lama.. biasa laa.. ‘pasangan selebriti’.. hehehe.. lps aku dah jumpa buyer.. aku keringkan hati jual nikon..

aku beralih kapal ke canon… aku beli laks 40D dlm bulan Nov 2007… tukar kapal nie bukan menda yg senang…

camna aku bole tukar ke canon..?? sbb aku baca spec… ishkk… dr situ timbul bibit2 chenta…

rasa2nya tu… aku dah tak tukar kamera kot… kamera yg skang nie best.. :)

June 29, 2009

Budak Kampung

Gambar2 Irfan dan Ifty main hujan… baru ja nak seronok, ujan dah berenti la pulak…

June 20, 2009

Ronda-ronda

Dah lama tak ronda2 ngan famili sejak xcident dulu… mcm fobia pon ada nak ronda2 nie… tambahan pulak keta pinjam, tak leh le buat cam keta sendiri…

Dan dlm tempoh masa tu juga… aku sibuk sket ngan shoot org kawin dlm musim cuti skolah yg lepas… dah abih shoot, sibuk edit album pulak… letih tu mmg letih, tapi dpt la tambah duit poket sket…

minggu nie… aku curi masa utk merehatkan diri… jadik aku ajak famili aku gi ronda2… sbb tada arah tuju, aku ajak gi Baling, dah lama tak ke sana…


nie je gmbr kat Baling… aku suka bukit yg ada dekat pekan Baling tu…

Lps tu… ingat nak ke Pengkalan Hulu… tapi disbbkan tersalah jln (gi masuk jln baru)… maka destinasi aku pon bertukar ke Grik… nie le pertama kali aku ke Grik…

Dr pekan Grik tu, ingat nak patah balik ke Baling… kemudian ternampak la pulak signboard Muzium arkeologi, gua Gunung Runtuh, tasik Raban dll… maka bertukar laie destinasi kami…


bila nampak signboard menunjuk arah ke gua… kami masuk… tapi tak dpt sampai ke gua2 tu, krn gua tu belum dikomersialkan laie mcm Gua Tempurung dan Gua Kelam… laie pon arah yg ditunjukkan mengelirukan…

Lps tu kami singgah muzium arkeologi Lenggong… kat sini banyak ceritakan tentang aktiviti arkeologi di Lenggong sehingga terjumpanya Perak Man… nak tau pasal Perak Man..?? kena la gi muzium tu…


Ifty mencuba bakat arkeologinya…


replika rangka yg dijumpai semasa aktiviti arkeologi…


Sempat berenti kat kebun getah.. ajar anak2 pasal pokok getah… ekotourism.. hehehe..

Pemandangan jambatan Raja Nazrin yg merentasi Tasik Raban… awek dlm gmbr tu tgh layan jiwang kot… duduk sorang2 jaa.. sib baik aku gi ngan famili.. hehehe..

Dah lps Tasik Raban, terus ke pekan Kuala Kangsar… makan2 kat situ… dan tangkap2 gmbr…

kat situ ada plak bot river cruise yg bawa pusing2 kat sg Perak… naik, jgn tak naik…


Bot nak melintas jambatan yg menghubungkan K.Kangsar dan Sayong…

lps dr tu, kami pon balik semula ke P.Pinang melalui lebuhraya… seronok juga bila dah gi ronda2 nie… terasa dpt semangat baru, fikiran pon kembali segar…

selain matlamat ronda2 nie utk rehatkan minda… ia juga sbb nak test keta baru… hehehe…

June 20, 2009

Gambar campur..

Mula2… gmbr burung… mmg tak jemu la shoot makhluk nie… burung nie tak tau jenis apa… tapi aku nampak dia terbang dr satu bunga ke satu bunga… agaknya dok sedut madu kot… nie shoot yg terbaik dr beberapa frame…

Lps tu… gmbr nie tak tau nak letak kategori apa… tapi layan sj laa…
subjek dlm kedua2 gmbr nie sama, iaitu bunga kecik tu… tapi disbbkan angle berlainan… warna yg terhasil pon berlainan juga…

May 29, 2009

May yg kering

‘Berhabuk’ blog nie.. lama tak update… bulan May nie tada gmbr sgt… idea dah kering… poket pon turut kering… nie sj gmbr dlm bulan May…

gambar Irfan dgn Ifty dalam rumah…

Ifty dekat Mengkuang dam..

Irfan masa pi tgk dragon boat… tada idea sgt nak shoot dragon boat…

lps tu ada org jabatan kesihatan dtg sembur asap kat rumah…

Irfan lps org sembur asap… dah mcm berada di zon berdemo yg baru lps kena tembak ngan asap pemedih mata je…

masa pi Mengkuang dam, ada kejadian alam semulajadi yg jarang2 berlaku… sun halo…

A circular halo, often referred to as just a halo, is formed by the refraction of sunlight through cloud suspended ice crystals as opposed to raindrops or other liquid water suspended in the air. Sometimes only arc sections are visible as opposed to a full circle.

May 4, 2009

Kuala Gula

Balik kpg… boring tak tau nak pi mana… mula nak pi Kuale Kangso.. tapi mcm malas laks nak pi tempat ’sejarah’ tu… tapi last2 decide nak pi Ban Pecah, ikut jln Kuala Gula…

Dlm perjalanan tu.. terserempak le ngan burung helang yg bertenggek atas tiang letrik… mula2 ter’miss’ burung helang kaler putih.. mmg cantik.. rugi laks rasa tak ngundur keta ari tu.. peh jalan depan sket… jumpa laie helang atas tiang letrik… tapi bukan kaler putih mcm mula2 tadi… helang tu dok tgh nak makan ulor…

Ushar dulu…

Rasa sket…

Sedappp…

ummm….


Kedudukan helang tu, berlatarbelakangkan awan putih… mula2 tu helang jadi underexposure… tak nampak langsung detail… peh tu try up sket… baru la ok… tapi background dah terover expose… tapi lantak le.. sbb yg penting subjek helang tu… CA nampak ketara sgt ngan lens cap ayam nie… bila la nak dpt lens cap itik kaaa.. cap angsa kaa…. ishkk…

Teruskan perjalanan ke Kuala Kurau… kat situ tada subjek yg menarik, kecuali kumbang2 dok menghisap madu kat bunga kaler kuning nie… masa nie.. background langit biru… sgt contrast dgn bunga yg kaler kuning tu.. lighting pon cantik… tapi aku tak dpt gmbr yg aku nak… setakat berpuas hati dgn gmbr nie aje…

Misi nak ke Ban Pecah terpaksa dibatalkan sbb hari nak ujan… maka terpaksa le balik ke Tpg semula…

April 26, 2009

Stok gmbr lama

Boring2 ari ahad yg tada xtvt… dok selongkar HD… terjumpa laks gmbr2 lama yg tak penah upload… gmbr kategori ’syiok sendiri’….


Gmbr kat Melaka… dulu menda tu Eye of Malaysia… bawak pindah pi Melaka laks…


Gmbr lalang kat Tpg…


Gmbr semut dgn menggunakan kit lens…

April 22, 2009

Earth day & Birthday

aku tak tau laks bila depa umum 22hb sebagai hari bumi… seingat2 thn lepas tada laie.. atau aku yg tak amik peduli…

Founded by the organizers of the first April 22 Earth Day in 1970, Earth Day Network promotes environmental citizenship and year round progressive action worldwide. Earth Day Network is a driving force steering environmental awareness around the world

source: wikipedia

tapi 22hb juga besday anak aku yg sulung… tak buat apa sgt thn nie utk Irfan, cuma tempah kek Ben 10 sj…

Kek nie ditempah di KDC, kepunyaan officemate ibu Irfan. Kek nie dr jenis Oreo cheese.


Dlm dok gaduh2 dan selalu kena usik pon, Ifty tetap sayang kat abg dia.. kasih sayang adik beradik…

April 20, 2009

Rojak tonggek

Aku pon 1st time dgr nama nie… tak tau betul ka tak.. tapi nama tu la yg pakcik jual rojak tu sebut…

sebenarnya… dr sejak kecik laie aku dah makan rojak nie… tapi tak penah amik tau nama dia… dok tau rojak jaa… time tu kat Pantai Bersih di B’worth… masa tu mmg ada pantai laie.. skang nie kalu pi… dah jadik h’way BORR…

yg jual waktu tu.. apek cine… cara makan rojak nie pon lain… kita pilih buah2an apa yg kita suka… peh tu… cicah dlm mangkuk kuah rojak.. ada dua jenis kuah.. yg pedas.. dan yg tak pedas…

mcm aku kata kat isteri aku… org dulu mmg majmuk.. cine, india, melayu dan lain2 bangsa.. dok celup dlm mangkuk kuah rojak yg sama… skang nie.. susah la nak dpt mcm tu…

betul gaks mcm kata pakcik yg jual rojak tonggek kat pantai jeti P. Jerejak… kalau kita beli rojak dah siap gaul… kita tak leh pilih buah2an.. selalu banyak timun dgn sengkuang… pelam, nenas dan seangkatan dgnnya… bole kira ja la…

tapi dgn adanya sistem rojak tonggek nie.. kita bole pilih mempelam… umbra… nenas.. jambu… dll ikut suka kita… sejajar dgn peredaran zaman, rojak tonggek nie pon mengalami transformasi… skang nie bukan saja buah2an… dah ada sosej, isi ketam.. buah tomato kecik… dll..
secucuk rojak nie berharga RM0.50…