Bersama anak2 yatim

Nak cite sket ttg pengalaman pertama aku ke rumah anak2 yatim…

Ahad lps, FMDC Utara, satu komuniti jurugambar, telah menganjurkan program berbuka puasa bersama anak2 yatim. Thn lps ada juga program mcm nie, cuma aku tak berpeluang utk menyertai.

Alhamdulillah, thn nie Allah telah memakbulkan hajat aku utk menyertai program kemasyarakatan spt ini.

Rumah Yakin Al-Wadi yg terletak di Kupang, Baling, telah dipilih oleh pihak penganjur. Rumah anak yatim ini agak daif pd pandangan mata aku. Tak serupa rumah anak2 yatim yg penah aku tgk dlm tv.

Kedatangan kami mmg disambut meriah oleh 60 org anak2 di rumah tersebut. Mereka datang hingga ke pintu kereta, bersalam cium tangan dan mengucapkan selamat datang ke ‘rumah’ mereka. Yg tu sj pon dah buat aku terkejut dan kagum dgn mereka.

Kemudian kami ke dewan makan yg separa siap, masih laie dlm pembinaan. Kat situ, ustaz yg menjaga anak2 itu sempat memberi penerangan ringkas ttg asal usul rumah itu.

Kemudian acara memberi duit raya kpd anak2 di situ dijalankan.

Kami berbuka posa dgn cara anak2 tersebut. Pukul 7 mula bertahlil hingga waktu berbuka. Berbuka dgn kurma dan air. Yg herannya, kurma kat situ sedap la pulak.

Dah berbuka tu, terus ke surau mengerjakan solat Maghrib. Dah selesai semua tu, baru la acara makan ‘besar’. Ada ayam, ada daging, ada oren dll, mungkin biasa bagi kebnykkan kita, tapi agak ‘istimewa’ buat mereka.

Aku, Ajis dan Ayarx makan dlm satu talam. Dah lama aku tak makan dlm talam ramai2 mcm tu… last skali rasa2nya 10 thn lps kot masa ikut geng tabligh.. hehehe..

Dah lps makan tu, ada aiskrim plak utk anak2 tu…

Last skali, sblm balik, ustaz tu suruh kami dan anak2 berbaris… kemudian anak2 tu datang salam tetiap kami yg hadir sambil mendendangkan doa taubat… time nie aku mmg tersentuh hati sgt…

Bila tgk muka anak2 tu sorang2 berlatarbelakangkan alunan doa taubat yg mendayu tu.. rasa mcm nak nitis air mata sj… tapi nasib baik la DNA ‘macho’ aku ada laie dan berjaya mengawal mutiara jernih agar tidak terlepas keluar dr kelopak mata…

Sambil salam tu, anak2 tu sempat mengucapkan terima kasih, dan aku dpt rasakan ianya ikhlas dr hati mereka…

Mcm yg datang tadi juga, anak2 tu menghantar kami hingga ke pintu kereta… mengucapkan selamat jalan, pandu cermat… adehh… mmg feeling la… rasa mcm berat ja nak tinggalkan mereka semua….

Mengenai derma yg berjaya dikumpul, jumlah semua hampir kpd RM4k… dr duit tu, dibelikan mesin basuh utk anak2 tersebut, duit raya mereka, katering makan dll… yg selebihnya, diberi tunai kpd ustaz…

Kali nie, aku cuba buat photo slideshow… audio yg mula tu adalah suara anak2 tersebut ketika mendendangkan doa taubat tu… dirakam menggunakan hp sj, sbb tu kualiti agak kurang sket… tapi aku nak share mcm mana suara2 mereka yg menyentuh hati aku tu…

1 Comment

Filed under Fotofolio

One response to “Bersama anak2 yatim

  1. kehadiranku di sini menyedarkan bahawa diri ini amat bertuah punyai ibubapa dan keluarga yg sentiasa disisi disaatku memerlukan,berbanding dgn anak2 ini..rupanya masih ada tanggungjwb sosial yg perlu kulunaskan yg kadang2 kita semua terlepas pandang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s