Kenduri Johor

Lain tempat, lain cara majlis perkahwinan dilangsungkan. Memandangkan aku berkawin ngan org Johor, maka aku nak cite sket budaya dia org…

Akad nikah tada yg berbeza, sama macam negeri lain juga… cuma lafaz dia tu ada lain sket dr segi tatabahasa…

Mlm pulak diadakan majlis berinai dan merenjis kedua2 pengantin… lps pengantin lelaki dah balik, pengantin perempuan akan buat persalinan 3-4 baju.. mcm2 tema ada, ada kebaya indonesia, ada hanbook Korea, ada hindustan, dll… yg letih, photographer… letih tunggu, letih nak shoot, letih nak posing… 4 kali salin, mau habis kat kul 1 pagi…

Di hari kenduri plak, bila pengantin lelaki tiba, dia org akan bersanding jab kat luar… time nie le ada kompang, zapin dan silat pulut…

Ok, skang part yg tada kat negeri2 lain di M’sia… ‘Tol’ sblm pengantin lelaki masuk ke rumah…

Kebiasaan terdapat 3 tol iaitu di pintu pagar, pintu masuk dan atas pelamin. Konsep tol tetap sama dgn tol PLUS atau lain2 lebuhraya di Mesia iaitu mengutip duit. Bezanya, depa nie tak bagi resit… dan kalau tol kat highway, satu tol sorang jurutol, tapi di majlis kawin nie, satu tol, ramai plak jurutol… lebih kurang 10 org… bermula dr pangkat tok, sampai la budak2 kecik pon bole jadi jurutol… tu baru satu ‘tol’.. 3 ‘tol’, darab la ngan 3…

Time mcm nie… selalu pengapit la yg berpeluh ketiak nak melayan tangan2 yg menghulur.. dulu masa aku kawin.. sepupu aku merangkap pengapit aku hampir2 Parkison la tangan dia… maklum le kat utara tada budaya mcm nie.. bila kena ‘serang’ mcm tu… mmg pucat lesi laa…

utk budak2 kira ok laie.. sbb depa tak reti nilai duit tu… kasik satu sampul dah cukup dah… tapi hat pangkat tok2 dan makcik2 nie… yg mana level kecerdasan akal dah lebih tu… sampaikan tgk sampul sj pon, depa dah bole tau bape RM kat dlm tu… pengapit kena la pandai2 hulur sampul yg berpatutan ngan umo jurutol… tapi pape pon.. kena keizinan pengantin lelaki gaks… sbb dlm sampul tu duit dia…


Juru2 tol menunggu dihadapan pelamin…

Kerusi pengantin lelaki adalah ‘kerusi eksklusif’ yg biasanya kepunyaan mak andam… utk suruh dia berdiri, duit tol mesti kena tepat.. tapi masa kenduri sepupu wife aku, dia guna khidmat ‘nyah’ (dia org panggey pondan) utk andaman… atas sifat malu yg ada pada depa tu,depa takkan duduk kat ‘kerusi eksklusif’ tu.. jadi, wife aku berjaya menakluk tempat keramat tu…

Budaya nie pd masyarakat di negeri lain, mungkin nampak sebagai unsur2 penderaan fizikal kpd pihak lelaki… sbb tu dulu ada diperdebatkan dlm paper mesia… org luar Johor kata tak bagus budaya tu.. menjatuhkan maruah pihak lelaki, menyusahkan rombongan lelaki dll laie… tapi org Johor kata, semua tu hanya suka2…

Pd aku senang aja… bila kita dah kawin ngan org kawasan tu.. kena la terima apa budaya dan adat org kawasan tu.. jgn la pandai2 kata tak bagus adat org lain… kalau tak suka dgn budaya tu… jgn bagi anak kawin ngan org situ…

Laie pon mmg betul, budaya nie hanya suka2… tak lebih dr tu… setahu aku, dlm sampul cuma berisi RM1 atau RM2 jaaa… paling tinggi utk mak andam, lebih kurang RM50… tu pon dikira sebagai upah make up…

yg penting, pihak perempuan kena la cerita kat pihak lelaki ttg adat & budaya kat tempat dia… jgn sampai pihak lelaki terpinga2 plak… time tu baru la depa akan katakan budaya tu tak bagus…

Ok, selepas pengantin lelaki dah berjaya naik ke tahta pemerintahan raja sehari, kedua2 pengantin akan buat plak budaya menabur gula2 yg bercampur duit syiling… bila dah ditabur… keadaan mmg huru hara… yg budak mengutip gula2… yg dewasa mengutip syiling…

Kenduri di sini selalu dibuat secara gotong royong kaum kerabat dan org kpg… mula dr pasang khemah, potong2 bahan, masak lauk, buat hidangan, basuh pinggan sampai la sapu sampah bila majlis dah selesai…

Sebagai upah penat lelah depa tu.. tuan rumah akan jamukan depa dgn joget lambak pd mlm hari bila dah selesai majlis… kira mcm ucapan terima kasih la tu…

Gitulah adanya cara kenduri di Johor. Cerita nie berdasarkan kenduri sepupu wife aku… mungkin tempat lain di Johor ada cara lain…

Sedikit fakta kenduri tersebut…
Jemputan : 4000 org
Lembu : 3 ekor
Kambing : 5 ekor
Ayam : 200 ekor
Nasi beryani : 7 kawah

Shooting coverage : 6 acara (Pre-wedding, akad nikah, berinai, kenduri perempuan, kenduri lelaki, outdoor)
Jumlah imej : 2000++

Bulan Jun thn depan akan ada laie majlis mcm nie.. sapa2 nak tag… sila buat tempahan sekarang.. hehehehe….

2 Comments

Filed under Fotofolio

2 responses to “Kenduri Johor

  1. waaa…aku teringin nak join..joget lambak tu mcm best jer…nak bt tempahan kena byr cemgkeram dulu ker?cengkerang bleh tak??hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s