Siapa saya

https://i0.wp.com/farm1.static.flickr.com/180/402729069_dc7d443de7_t.jpg

Saya telah menceburikan diri dlm bidang fotografi lebih dr 10 tahun lalu.
Bermula sebagai hobi, saya belajar sendirian melalui buku2 dan menggunakan kamera filem. Faktor kewangan adalah penghalang besar pada zaman itu.

Tapi kini di zaman digital, faktor kewangan bukan lagi penghalang utama, cuma memerlukan pengorbanan utk pelaburan permulaan. Yg asalnya hobi, sekarang sudah dpt menambah pendapatan sampingan.

Pada asasnya, saya suka ambil gambar apa saja, dari gambar anak2 serta keluarga, alam semulajadi, tempat2 menarik dan lain-lain. Saya juga ada mengambil gambar perkahwinan.

Sekiranya anda ingin bertanya soalan, atau nak berkenalan (hehehe..), atau nak ajak TT atau outing, jgn malu jgn segan utk menghubungi saya.

Terima kasih kerana melawat blog ini.