Tag Archives: Sabah

Island Safari pt2 : Human Interest

Terdpt 5 pulau dlm trip island safari nie… Gusungan, Mabul, Maiga, Bodgaya dan Bohey Dulang…

Pulau Gusungan…
Otw ke Mabul, singgah kejab ja kat pulau nie… pulau tu kecik ja, ada lebih kurang 3-4 batang pokok, dan lebih kurang 10 buah rumah sj…


Tengah menyusu anak…


bedak sejuk… identiti wanita Palaoh…


Mak yg menyusu anak tadi… menerima ole2 dr tanah besar…

Pulau Mabul…
mlm pertama di pulau Mabul, terkena tempias ribut dr Pilipina… bergoyang chalet atas air yg kita org duduk…


Awan mendung bawak hujan…


atok nie masak air guna kayu api… rasanya gmbr nie aku sorang ja yg ada… sbb photog2 lain tak bangun tido lg.. hihi..


Terpengaruh dgn org yg suka tunjuk jari 1…


Cucu ngan atok… atok depa bukak kedai jual cenderamata…


rambut kaler semulajadi.. tak payah nk pi saloon…


mcm comel jee… mcm comel jee…


my favorite… manis je senyuman dia…

Pulau Maiga…
Terletak di utara Semporna… berjiran dgn pulau Bodgaya dan beberapa pulau lain.. dr pulau nie, boleh nmpk bukit bukau di kwsn Lahat Datu…


Pulau nie takda sekolah.. budak2 nie main dr pagi sampai ptg..


budak darat blk rmh naik beskal atau motor.. depa blk rumah naik sampan…


lagi bedak sejuk dlm versi hitam putih…


jelingan marah, sbb amik gmbr depa tgh basuh baju…


main.. main jugak… adik tetap kena jaga…


bedak sejuk lagiii..

Pulau Bodgaya…
Kat sini terletak perkampungan air Bajau Laut…

Kayuh blk rumah… depa guna jam matahari.. hihi..


bedak sejuk dan lendir dr hidung…


taman permainan depa…


Atok dan cucu.. si cucu menangis sbb dia tak dpt gula2…


maximun load, sorang terpaksa berkorban…


tak payah life jacket pon…

Leave a comment

Filed under Fotofolio

Catatan perjalanan : Kota Kinabalu

Perjalanan bermula dgn bas dr Penang ke KL… bas bertolak tepat-tepat pukul 12 mlm sama spt yg tercatat atas tiket… sampai di KL (old KTM), 3 minit sblm pukul 4… komuter utk ke KL Sental mula beroperasi pukul 6:30, jadi terpaksa le berlegar2 kat KTM tu…

Bila dah sampai KL Sentral, terus amik shutter bas ke LCCT… pendek cite, kul 10 lebih tu dah start boarding…

Penerbangan ke K. Kinabalu (KK) mengambil masa 2 jam… mujur masa pi tu dpt duduk window seat… dpt le tgk beberapa gagasan kepulauan yg cantik, tapi tak pasti namanya…

K/terbang dah mula menurun apabila dah sampai di Pulau Labuan…

Pulau Labuan dari udara

Lps sampai di Terminal 2 KKIA, terus amik keta sewa, dan terus menuju ke Kundasang… Perjalanan ke Kundansang, lebih kurang sama mcm nak ke Cameron Highland… masa tu, ujan dan berkabus… ada di setengah2 kawasan, jarak penglihatan tak sampai pon 50 meter…

Disebabkan berkabus, maka kami tak tak tau yg perjalanan kami tu di’temani’ oleh Gunung Kinabalu… Cuma apabila sampai di satu tempat rehat tu, baru berpeluang melihat bayangan Gunung Kinabalu yg diselaputi awan…


Gmbr pertama Gunung Kinabalu

Dah lps hampir 2 jam perjalanan ke Kundasang, kami sampai di Pine Resort… tmpt nie mmg menarik dgn pemandangan Gunung Kinabalu…

Puncak Gunung Kinabalu dilihat dari Pine Resort

Hari Ke 2


Gmbr Gunung Kinabalu di awal pagi, masih berawan..

Lps check out, kami bergerak ke Kota Belud… dlm perjlnan tu, terjumpa jambatan gantung utk ke sebuah perkampungan… air sungai tu mmg jernih, cetek dan deras…

Ada juga terjumpa org memproses padi secara tradisional laie…

Kami nasib baik sbb ada tamu di Kota Belud, walaupon tamu hari Rabu tak semeriah tamu hari Ahad…

Keadaan tamu(pasar) tak seperti di Semenanjung… kebersihan agak kurang, dgn kehadiran anjing2 dan bahan buangan lembu2, membuatkan kita terpaksa berhati2 apabila melangkah…

Ada la juga beberapa org makcik tak tau dr kaum apa, yg masih mcm tradisional laie…

Kemudian kami ke Kuala Abai, perkampungan nelayan…

Menurut pakcik bot tu yg berketurunan Bajau, mlm tu mereka akan ke laut yg perjalanan memakan masa 6 jam… dan akan berada di laut selama 4-5 hari dgn memancing ikan… memancing sj, bukan memukat…

Yg unik di Kualai Abai nie, ada sebuah jambatan yg hanya boleh dilalui sebuah kereta pada satu2 masa… disbbkan jambatan tu melengkung, maka kita tak nampak kereta dr seberang sana… jadi sapa yg sampai di atas dulu kira menang le, kereta yg kemudian tu terpaksa berundur ke bawah semula…

Hari Ke 3
Aktiviti hari ke 3 adalah island hoping… Cuma pergi ke dua pulau, Sapi dan Manukan, dgn bayaran lebih RM37 termasuk cukai jeti dan yuran taman negara…


Di pulau Sapi

Disbbkan aku pi sorang ja… tak dpt le aku bersnorkeling, dpt tgk ja air yg jernih sehingga dpt nampak ikan2 je le…

Island hoping ke dua2 pulau tu, memakan masa setengah hari…

Disebelah petang, kami ke perkampungan Monsopiad, yg terkenal kerana memenggal kepala musuh mereka…

Menurut yg diceritakan, kepala musuh yg dipenggal akan diletak dlm buluh tu, sehingga kering dan menjadi tengkorak…

Kemudiannya akan digantung di dlm rumah… sehingga kini, terdapat 42 (kalau tak silap) tengkorak yg tergantung dlm rumah tu…

Di perkampungan tu juga ada pertunjukan kebudayaan…

Hari ke 4
Seblm bertolak balik, sempat juga meronda ke pasar ikan masin dan pasar kraftangan atau pasar Filipin..


Timun laut pon ada dijual, kalau selera nak makan le…

Tak jauh dr pasar ikan masin tu, ada jeti utk ke pulau Gaya… Pulau Gaya tak jauh dr KK, di situ selain terdpt resort peranginan, ada juga penempatan setinggan Filipin yg terletak di atas air…

Tambang bot utk ke Pulau Gaya hanyalah RM2 sehala, tapi perlu ada 15 org penumpang utk 1 bot… perjalanan lebih kurang 10 minit sj… dgn ketiadaan life jacket utk penumpang, mmg agak berbahaya juga utk ke Pulau Gaya ni…

Tak sah rasanya kalau ke KK tak ke Pasar Filipin yg terkenal dgn rantai mutiara.. dgr cite, ada mutiara yg dijual semahal beribu ringgit, hingga le yg semurah RM5 yg dibeli utk Ifty…

Perjalanan ke tempat org mmg best, tambahan bila dpt melihat sesuatu yg baru dr yg selalu kita tgk… sepanjang perjalanan nie, Kundasang ada tmpt yg paling best disbbkan pemandangan Gunung Kinabalu yg tinggi itu, ditambah ngan cuaca nyaman tanah tinggi…

Satu lagi perjalanan yg menarik dan bnyk dipelajari, mungkin akan ke sana lagi jika ada rezeki…

4 Comments

Filed under Fotofolio