Tag Archives: ular

Island Safari pt1: Landscape

Salah satu dr wishlist aku, yg akhirnya dpt direalisikan..
shoot Bajau Laut, atau Sea Gypsy atau Palaoh…

Part 1 nie gmbr2 pemandangan shj… seblm org ckp, baik aku mengaku siap2.. aku nie mmg tak terror amik gmbr2 landscape… landscape bukanlah minat aku sgt…


Sunset di Pulau Mabul


Dive centre di Pulau Mabul.. air mmg sgt jernih.. mlm tu nmpk penyu berenang di kawasan chalet..


Rumah Palaoh di atas air, Pulau Maiga… berbekalkan pelita sj… takda tv, takda astro, takda radio…


Sunrise di Pulau Maiga…


Lagi sunrise di Pulau Maiga… dlm edisi 3 stop HDR…


Salah satu pemandangan di Pulau Maiga… diseberang sana yg berbukit tu adalah Pulau Bodgaya…


Sunset dari Pulau Bodgaya… di sini ada perkampungan air org2 Palaoh…


Bintang2 di malam hari di Pulau Maiga… sayangnya bukan musim milky way…


Dua2 gmbr nie diambil dr puncak bukit di Pulau Bohey Dulang… mendaki ke puncak ambik masa dlm 40-50 minit ikut stamina seseorang… jln mendaki agak mencabar, tambah mencabar bila mendaki tu hanya pakai selipar… terbaikk laaa…

Gmbr atas tu, yg ada nmpk bumbung merah tu, adalah jeti tmpt bot berhenti… air kaler biru gelap tu, tak tau la berapa dlm… yg hijau tu nmpk mcm best utk snorkeling, tapi hakikatnya, bnyk landak laut dan ular laut… hasrat snorkeling terbantut…

ok, nnti sambung part 2… human interest/portraiture… 🙂

Advertisements

Leave a comment

Filed under Fotofolio

Main Ular

Masa jln2 kat Rope Walk Tmn Selat, ada plak org jual ubat sambil buat pertunjukkan main ular…

Leave a comment

Filed under Fotofolio

Kuala Gula

Balik kpg… boring tak tau nak pi mana… mula nak pi Kuale Kangso.. tapi mcm malas laks nak pi tempat ‘sejarah’ tu… tapi last2 decide nak pi Ban Pecah, ikut jln Kuala Gula…

Dlm perjalanan tu.. terserempak le ngan burung helang yg bertenggek atas tiang letrik… mula2 ter’miss’ burung helang kaler putih.. mmg cantik.. rugi laks rasa tak ngundur keta ari tu.. peh jalan depan sket… jumpa laie helang atas tiang letrik… tapi bukan kaler putih mcm mula2 tadi… helang tu dok tgh nak makan ulor…

Ushar dulu…

Rasa sket…

Sedappp…

ummm….


Kedudukan helang tu, berlatarbelakangkan awan putih… mula2 tu helang jadi underexposure… tak nampak langsung detail… peh tu try up sket… baru la ok… tapi background dah terover expose… tapi lantak le.. sbb yg penting subjek helang tu… CA nampak ketara sgt ngan lens cap ayam nie… bila la nak dpt lens cap itik kaaa.. cap angsa kaa…. ishkk…

Teruskan perjalanan ke Kuala Kurau… kat situ tada subjek yg menarik, kecuali kumbang2 dok menghisap madu kat bunga kaler kuning nie… masa nie.. background langit biru… sgt contrast dgn bunga yg kaler kuning tu.. lighting pon cantik… tapi aku tak dpt gmbr yg aku nak… setakat berpuas hati dgn gmbr nie aje…

Misi nak ke Ban Pecah terpaksa dibatalkan sbb hari nak ujan… maka terpaksa le balik ke Tpg semula…

4 Comments

Filed under Fotofolio