Tag Archives: world

Hari Warisan

Pada 7hb Julai 2008, Georgetown dan Melaka telah diiktiraf sebagai “Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site)” oleh UNESCO.

Sejak dr itu, setiap thn diadakan sambutan ulangtahun, dan 7hb Julai digazetkan sebagai cuti umum utk negeri.

Apa yg aku tau, sambutan ulangthn tu dipenuhi oleh aktiviti2 seni dan warisan, spt tarian singa, boria, pertunjukan puppet bnyk lagi.

Aku tak ingat kalau seblm nie aku penah pi, tapi thn nie aku pi sbb adanya wayang gedek/wayang kulit.

Masa sampai kat Lebuh Acheh tu, ‘show’ Menora sedang diadakan.. Menora nie asalnya dr selatan Siam..

dulu masa kecik2, aku ingat mmg kuku depa nie panjang… tapi bila dah besar, baru la tau, bukan la kuku original…

yg heran, kena jari tengah tak pakai ‘kuku panjang’ tu..?? mmm…

yg aku paling tunggu adalah wayang gedek/wayang kulit, sbb beberapa thn lps, aku dan beberapa kwn setkan misi utk shooting ala2 dokumentari, antaranya, kilang arang, labu sayung dan juga wayang kulit nie.. dua misi berjaya, hat wayang kulit ja tak sampai2 target…

Wayang Kulit Sri Asun mmg terkenal kat utara, Asun tu nama sebuah kpg dekat2 dgn Changlun… wayang kulit depa nie ckp Kedah pekat, dah nak macam pelat siam pon ada…

selalunya, sblm start wayang kulit, bila muzik dah main, tok dalang akan kuorkan satu bentuk (nama tak tau, tapi mcm daun) dan main2kan dpn layar, mcm nk bgtau wayang nak start.. depa nie pon dulu ada juga buat intro mcm tu, sbb aku penah tgk.. tapi hat kali nie takda la pulak.. terus masuk jaa, penat aku tunggu… bg aku, bentuk tu mmg klasik…


Wayang kulit mmg distort sikit.. hehe..


Nilah watak yg popular.. bukan hero, tapi pak lawak.. nama dia Etong.. nie dia tgh karaoke dgn member dia… Etong nie ada motor besar baq hang.. hehe…


belakang stage..

Tok Dalang.. nama dia Pak Majid…

bnyk lagi aktiviti lain pd ari tu, ada la shoot sikit2, tapi malas nak upload…

mmg bagus jugak buat acara mcm nie, sekurang2 generasi2 lama dpt mengimbau kenangan, hat generasi baru plak dpt la tgk tinggalan nenek moyang depa dulu… mcm wayang kulit ni… bukan senang nak tgk…

tapi generasi baru pon, kalau dah pi sambutan mcm nie, tinggal la kejab PSP, Ipad dll tu sekejab… jgn jadi generasi yg hanya melihat warisan dia dipamerkan muzium sj…

Advertisements

Leave a comment

Filed under Fotofolio

Hari Air Sedunia

22hb Mac adalah hari air sedunia…

Post nie adalah gmbr2 yg ada unsur air… ada gmbr2 yg penah diupload, dan ada yg belum pernah dipertontonkan… 🙂

Jangan membazir air…

1 Comment

Filed under Fotofolio

Halal Expo

Selalu aku tak amik pusing sgt pon pasal halal expo yg pernah diadakan seblm2 nie… tapi kali nie, aku tertarik nak pi, disbbkan ada talk oleh ustaz yg aku suka.. 🙂

Ustaz Don nie yg terkenal melalui rancangan “30 minit bersama Ustaz Don” yg disiarkan di saluran 114 Alhijrah..

Dia bersama Akhil Hayy dan isteri, Waheeda, muncul dlm program “Bicara Selebriti” pd expo tersebut…

Ustaz Don nie dr segi pemerhatian aku, penyampaian dia senang nak paham… dan dia bnyk menperingatkan ttg basic2 yg kadang2 kita dah lupa…

Mcm masa talk nie, dia tegur bila hadirin tidak berselawat apabila nama Nabi Muhammad saw disebut… perkara basic yg kita lupa dan terlupa…

Akhil Hayy dan Waheeda

Lps habis program talk tu, depa ada buat sound test utk konsert mlm tu plak… dpt la tgk Mawi.. hehe…

Akhil Hayy berduet dgn Mawi

Niat nak bersalam ambil berkat dgn ustaz tak kesampaian…

Leave a comment

Filed under Fotofolio