Pada 7hb Julai 2008, Georgetown dan Melaka telah diiktiraf sebagai “Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site)” oleh UNESCO.
Sejak dr itu, setiap thn diadakan sambutan ulangtahun, dan 7hb Julai digazetkan sebagai cuti umum utk negeri.
Apa yg aku tau, sambutan ulangthn tu dipenuhi oleh aktiviti2 seni dan warisan, spt tarian singa, boria, pertunjukan puppet bnyk lagi.
Aku tak ingat kalau seblm nie aku penah pi, tapi thn nie aku pi sbb adanya wayang gedek/wayang kulit.
Masa sampai kat Lebuh Acheh tu, ‘show’ Menora sedang diadakan.. Menora nie asalnya dr selatan Siam..
dulu masa kecik2, aku ingat mmg kuku depa nie panjang… tapi bila dah besar, baru la tau, bukan la kuku original…
yg heran, kena jari tengah tak pakai ‘kuku panjang’ tu..?? mmm…
yg aku paling tunggu adalah wayang gedek/wayang kulit, sbb beberapa thn lps, aku dan beberapa kwn setkan misi utk shooting ala2 dokumentari, antaranya, kilang arang, labu sayung dan juga wayang kulit nie.. dua misi berjaya, hat wayang kulit ja tak sampai2 target…
Wayang Kulit Sri Asun mmg terkenal kat utara, Asun tu nama sebuah kpg dekat2 dgn Changlun… wayang kulit depa nie ckp Kedah pekat, dah nak macam pelat siam pon ada…
selalunya, sblm start wayang kulit, bila muzik dah main, tok dalang akan kuorkan satu bentuk (nama tak tau, tapi mcm daun) dan main2kan dpn layar, mcm nk bgtau wayang nak start.. depa nie pon dulu ada juga buat intro mcm tu, sbb aku penah tgk.. tapi hat kali nie takda la pulak.. terus masuk jaa, penat aku tunggu… bg aku, bentuk tu mmg klasik…
Wayang kulit mmg distort sikit.. hehe..
Nilah watak yg popular.. bukan hero, tapi pak lawak.. nama dia Etong.. nie dia tgh karaoke dgn member dia… Etong nie ada motor besar baq hang.. hehe…
belakang stage..
Tok Dalang.. nama dia Pak Majid…
bnyk lagi aktiviti lain pd ari tu, ada la shoot sikit2, tapi malas nak upload…
mmg bagus jugak buat acara mcm nie, sekurang2 generasi2 lama dpt mengimbau kenangan, hat generasi baru plak dpt la tgk tinggalan nenek moyang depa dulu… mcm wayang kulit ni… bukan senang nak tgk…
tapi generasi baru pon, kalau dah pi sambutan mcm nie, tinggal la kejab PSP, Ipad dll tu sekejab… jgn jadi generasi yg hanya melihat warisan dia dipamerkan muzium sj…